Monday, 23 July 2012

WANITA SERING DIRABA JIN







Semalam saya berkesempatan membantu Utz Alfian di Darul Hikmah PJ dalam merawat seorang pesakit wanita yang disyaki terkena gangguan jin asyik..

Wanita itu sering bercakap seorang diri dirumah...dan apabila kami bertanyakan kepada pesakit itu sendiri,dia merasakan ada kehadiran seorang lelaki dikatilnya apabila ingin tidur malam...dan beliau juga sering merasakan sering diraba-raba oleh makhluk ghaib tersebut...bagi kami,ini adalah kes jin asyik dimana jin lelaki yang meyukai manusia wanita...

Bagi pihak ibu bapa pesakit ini,mereka merujuk kes ini kepada doktor dan pihak doktor telah memberikan ubat penenang kepada pesakit..kesan ubat penenang tersebut menyebabkan pesakit sering termenung dan tidak mampu lagi melanjutkan pelajaran di IPTA...

Bagi merawat kes sebegini,pesakit perlu kerap dibacakan ruqyah setiap 10hari sekali,perlu mendengar cd ruqyah 3x sehari dan pesakit juga perlu mengamalkan ayat-ayat pendinding diri setiap hari supaya tidak lagi diganggu makhluk tersebut...