Monday, 23 July 2012

TV9 SHOOTING UNTUK ARTIKEL" RAWATAN KANSER KAEDAH ISLAM"


Baru sebentar tadi pihak krew TV9 datang menemuramah saya berkaitan artikel "Rawatan Kanser Kaedah Islam"...Tujuan pihak TV9 menemuramah saya adalah ingin memberi kesedaran pada masyarakat supaya berubat penyakit kanser nie mengikut cara islam dan dalam masa yang sama juga dapat mengelakkan masyarakat amnya terjerumus berubat kanser pada bomoh/dukun yang berdamping dengan jin.

Saya serba sedikit memberi penjelasan kepada pihak mereka kerana ramai pengidap kanser juga adalah pengidap penyakit gangguan jin tanpa mereka sedari.Jadi gangguan jin sedikit sebanyak memberi impak pada pertumbuhan kanser di badan manusia.

Saya juga memberikan alamat laman web Utz Hayat dan Dr Jahid Sidek kepada pihak TV9 untuk mereka mudah membuat kajian ataupun mencari maklumat yang lengkap tentang rawatan kanser ini,kerana mereka lebih berpengalaman dari saya dalam rawatan kanser.