Thursday, 19 July 2012

TANGAN MENGGELUPAS ANGKARA SIHIR RUMAH TANGGA

Malam tadi sepasang suami isteri dari Klang datang berubat dan mengadu sisuami tangannya menggelupas teruk seperti kesan terbakar dan siisteri pula terasa ada benda didalam perut dan sering juga sakit pinggang.Mereka ini seringkali bergaduh dirumah kerana hal remeh temeh dan keadaan rumah juga suhunya agak panas. Dipendekkan cerita saya terus meruqyah mereka,siisteri menangis kerasukan dan sisuami terasa macam ada sesuatu keluar dari tangan beliau.Saya mengesyorkan untuk kulit tangan tu dengan minyak zaitun ruqyah 2x sehari,minum,mandi dan renjis air ruqyah yang saya berikan serta istiqomah beramal ayat perlindungan diri dengan ulangan yang banyak.InsyaAllah lagi 10 hari mereka datang untuk rawatan susulan untuk terapi al quran dan berbekam pula.Rawatan tamat.. Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82