Monday, 23 July 2012

SIHIR FACEBOOK



Sebulan yang lepas ada seorang suami datang mengadu pada saya bahawa isterinya sakit disyaki terkena sihir oleh kenalan facebooknya.Isteri beliau juga seorang ahli perniagaan yang menjalankan aktiviti pemasaran melalui facebook dan semenjak itu juga ada seorang lelaki yang baru dikenali di facebook sering private message mengajak beliau untuk keluar dan sebagainya.Si suami ini pun terkena sedikit tempias dari sihir tersebut yang saya syak ia adalah sihir pemisah rumahtangga tapi tak sekuat pengaruh sihir yang berada pada isteri.Semasa isteri beliau terkena sihir,si suami beritahu yang isteri beliau mudah marah-marah,sikap terlalu berubah dan kerap juga menolak ajakan untuk bersama.Seperti biasa saya meruqyah si suami ini,dan saya juga membimbing beliau untuk merawat si isteri juga..Alhamdulillah sehingga kehari ini pengaruh sihir pada si isteri saya dengar agak semakin berkurangan dek kerana inisiatif sisuami yang kerap meruqyah isterinya dirumah,jadi pembaca blog diluarsana berhati-hatilah dengan FACEBOOK yer...

Sebarang rawatan sihir & saka sila klik rawatanislam.org