Monday, 23 July 2012

SIHIR FACEBOOK MENGGANAS KEMBALI



Semalam pembekam wanita saya Noraini sempat merawat seorang wanita di PJ dengan kaedah bekam sihir..Wanita ini sudah sakit berbulan-bulan lamanya dan sering melihat kelibat seorang lelaki yang seperti dikenalinya melalui FACEBOOK berlegar-legar didalam rumahnya setiap malam..Pesakit ini belum berkahwin dan cuba mencari/ikhtiar kenalan melalui FACEBOOK.Tetapi malangnya lelaki yang dikenali melalui FACEBOOK semuanya berniat jahat seperti mengambil kesempatan dalam hal-hal kewangan beliau.Bila hajat mereka tak tercapai,lalu mereka menggunakan ilmu hitam dan memuja gambar-gambar mangsa yang tertera di FACEBOOK.Jadi mangsa akan angau,sakit-sakit badan,kerap pening kepala dan sering melihat kelibat/lembaga didalam rumah.Dipendekkan cerita,semasa proses berbekam,banyak darah kotor bertali keluar dari badan pesakit melalui proses bekam tersebut.Pesakit mengatakan badan mulai rasa ringan sejurus selepas rawatan bekam sihir.



"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"