Monday, 23 July 2012

RUMPUT DAN IKAN DALAM KOLAM PUN MATI AKIBAT TEMPIAS SIHIR PESAKIT



Kisah ini berlaku pada seorang pesakit wanita yang tinggal di PJ dan sudah menjalani ruqyah dengan saya minggu lepas.Malam tadi Noraini telah membekam pesakit tersebut dan terdapat banyak kesan terbakar hitam pada tempat yang dibekam,ini petanda sejarah gangguan wanita ini agak kuat.Pesakit sempat juga menceritakan yang suatu masa dahulu beliau pernah bermimpi rumput halaman rumah dan ikan dalam kolamnya mati.Keesokan harinya apabila pesakit bangun dan menjenguk halaman rumahnya,maka apa yang dialami pada mimpi malam tadi adalah kenyataan,dimana rumput halaman beliau dan ikan didalam kolamnya mati bergelimpangan.Untuk info pembaca blog,pesakit ini sudah mengalam sihir agak lama dan kategori sihir ini ialah banyak kearah sihir termakan benda kotor yang menyebabkan pesakit rasa memulas di perut dan terasa ingin muntah semasa sesi rawatan ruqyah...


"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"