Monday, 23 July 2012

RAWATAN SIHIR DI KOLEJ SEROJA UITM SHAH ALAM



Malam tadi kami berkesempatan merawat seorang pelajar wanita yang kerasukan akibat masalah sihir di Kolej Seroja Uitm Shah Alam.Gangguan agak agresif pada mulanya kerana kebetulan pelajar itu dalan keadaan uzur,jadi mudahler gangguan jin menguasai roh pesakit didalam keadaan tersebut.Sebelum kami memulakan sesi ruqyah,terlebih dahulu kami terpaksa menanggalkan tangkal seperti benang ditangan pesakit (pemberian bomoh yang merawat pesakit dahulu),dengan adanya tangkal/azimat yang tak dibuang dari badan pesakit akan menyukarkan sesi rawatan dan melambatkan kesembuhan.Semasa sesi ruqyah dibacakan,pesakit mula merasuk seperti kelakukan harimau,tetapi kami teruskan ruqyah sentuhan iaitu dengan meletakkan tapak tangan pada ubun-ubun pesakit,akhirnya gangguan lemah dan tidak agresif lagi.Setelah 15min ruqyah dibacakan,akhirnya pesakit muntah dan kemudian kami menyuruh pesakit dimandikan dengan air doa oleh rakan-rakan wanita pelajar terbabit.Setelah sesi mandian air ruqyah,pesakit sudah mulai pulih dan sedar semula seperti biasa.Kesimpulanya,bagi pelajar-pelajar wanita yang sedang uzur,anda perlu mengamalkan zikir pendinding diri 100x pg dan 100x ptg (seperti gambar diatas) untuk mengelakkkan sebarang gangguan memasuki badan anda,jangan ingat jika anda uzur,anda lalai dan leka sepenuhnya untuk tidak mengamalkan sebarang zikir perlindungan diri.Rawatan tamat..

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82