Monday, 23 July 2012

RAWATAN SAKA DI SHAH ALAM




Dua hari lepas kami menerima jemputan dari seorang surirumah yang mengadu sikap suaminya mudah panas baran dan agak dingin sejak setahun kebelakangan ini.Surirumah tersebut mengesyaki macam ada gangguan pada tubuh badan suami kerana beliau pernah ternampak lembaga duduk dibelakang suami suatu masa dahulu.Kami bertolak dalam 11malam kerumah pesakit,dan kami sesat dalam setengah jam dikawasan perumahan terbabit walhal rumah pesakit sudah dekat 100m jaraknya,biasalah setan akan kerap kali membuatkan perawat sesat jalan setiap kali nak pergi merawat.Sampai sahaja rumah pesakit,sisuami baru bangun tidur dengan mata kemerahan,kami pun terus memulakan sesi rawatan ruqyah syar'iyah,sepanjang sesi ruqyah dijanlankan pesakit tenang sahaja.Selepas habis sesi ruqyah,pesakit mengadu agak kepanasan dibahagian tengkuk (kawasan kesukaan jin saka).Pesakit juga ada memberitahu salasilah keluarganya yang ada aktif dalam bidang perbomohan,dan beliau pernah bermimpi semacam ada orang memberi sesuatu tetapi beliau menolaknya,selepas itu beliau dipukul beramai-ramai.Dari tafsir mimpi tersebut,petanda jin saka ingin berdamping dengan beliau tetapi beliau tidak mahu menerimanya,akibat penolakan tersebut jin saka mula mengacau mental dan fizikal beliau sehingga kerap menimbulkan emosi panas baran tak tentu masa.Saya menasihatkan pesakit untuk melakukan rawatan bekam/al hijamah dikawasan tengkuk bagi memecahkan tapak jin saka,minum dan mandi air doa selama 7 hari berturut dan baca surah al jin 1-9 1x tiap-tiap lepas solat selama sebulan supaya jin saka mudah insaf dan meninggalkan tubuh badan pesakit,insyaAllah sembuh...

Bagi pesakit yang inginkan rawatan gangguan jin ketempat anda (KL/SEL/SBN),sila SMS ke 013-347 5449 Utz Haikal.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82