Monday, 23 July 2012

RAWATAN RUQYAH PESAKIT SESAK NAFAS


Malam tadi saya berkesempatan merawat seorang makcik dari rawang yang mengalami masalah sesak nafas yang teruk,seolah-olah ada sesuatu di kerongkong yang mengganggu perjalanan nafasnya selama ini.Beliau sering mengunjungi hospital dan melakukan pemeriksaan,tapi pihak hospital tidak dapat mengesan apa punca sebenar penyakit beliau sebenarnya.Menurut anak-anak pesakit,mak mereka ini sering mengalami gangguan jin seperti melihat kelibat di kawasan rumah,sakit senak perut dan macam-macam lagi...Tanpa melengahkan masa,saya meruqyah pesakit selama 15min,akhirnya pesakit muntah dengan banyaknya lalu saya memberikan secawan madu ruqyah..Pesakit merasa lega sedikit dan bernafas macam biasa,diakhir rawatan saya menyuruh pesakit minum dan mandi air doa selama 7 hari,rawatan tamat..


"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"