Thursday, 19 July 2012

RAWATAN KES SIHIR BERAT DI HOSPITAL TAWAKAL KPJ KL



Minggu lepas saya menerima jemputan dari seorang surirumah yang meminta pertolongan untuk merawat suaminya yang tiba-tiba jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital akibat perut yang membesar dan mengalami kerosakan organ hati serta buah pinggang secara mengejut.Selain itu,pesakit juga sering meracau bila tidur malam dan kerap tidak sedar dan separa kerasukan apabila waktu siang hari.Pesakit sebenarnya bekerja sebagai pensyarah di IPTA dan baru-baru ini pihak IPTA berura-ura untuk menaikkan pangkat pesakit kepada Prof Madya,dalam masa seminggu selepas mendengar berita baik tersebut,pesakit terus dimasukkan hospital akibat masalah organ dalaman yang saya sebutkan diatas tadi.Saya membacakan ruqyah syar'iyah pada air zam zam dan juga pesakit untuk pesakit minum dan sapu seluruh badan 3x sehari dan saya syorkan mereka memasang cd ruqyah 24jam dalam bilik pesakit untuk terapi al quran yang berterusan bagi menawarkan segala gangguan dan memulihkan organ dalaman pesakit,rawatan tamat..

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82