Monday, 23 July 2012

PESAKIT TERASA DITARIK-TARIK KEBELAKANG








Semalam saya meruqyah seorang pesakit lelaki yang mengalami gangguan jin sudah 2 tahun lamanya..masalah yang dihadapi beliau ialah sering berdebar,kurang fokus dalam kerja,mimpi yang menakutkan dan banyak lagi...

Saya seperti biasa meruqyah dengan ayat-ayat al quran,pesakit seperti bergerak-gerak kearah belakang dan separa kerasukan...Setelah 15min dibacakan ruqyah,saya menyedarkan pesakit,pesakit memberitahu saya seolah-olah ada makhluk yang menariknya kebelakang tadi...selang beberapa minit kemudian,badan saya terasa meremang dan kepala terasa kembang..itu petanda jin tersebut mendekati saya dan cuba ingin menyerang saya juga...saya terus berzikir dalam hati untuk proses pendinding diri..kemudian saya terus membekam kepala pesakit dan pesakit perlu rawatan susulan 10 hari lagi...