Thursday, 19 July 2012

PERAWAT TIDAK PERLU MENYEKSA JIN SECARA FIZIKAL

Kebanyakan perawat amatur apabila merawat pesakit yang mulai merasuk agak gemar menyeksa jin pengganggu dengan memicit jari kaki pesakit dengan kuat.Kaedah ini melambatkan kadar kesembuhan pesakit,pada masa yang sama pesakit agak trauma untuk dirawat dimasa-masa akan datang dek tak tahan menanggung azab sakit jari kaki apabila dipicit.
Apabila pesakit merasuk teruskan bacaan ruqyah dan azan secara ulang-ulang,insyaAllah pesakit akan muntah ataupun terus sedar.Perawat perlu ingat mereka membacakan ayat ruqyah/merawat dengan niat untuk mendakwah jin pengganggu bukannya untuk menyeksa jin pengganggu secara fizikal,serahkan selebihnya kepada Allah SWT,ini kerana lagi banyak seksaan fizikal kepada jin,secara tak langsung tahap pergantungan kita pada Allah SWT akan berkurangan seolah-olah kita boleh menyeksa/mengeluarkan jumlah jin dari pesakit mengikut kemahuan/kudrat fizikal kita.Wallahuaklam...
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82