Monday, 23 July 2012

PERAWAT JUNIOR DISIHIR SEHINGGA TEMPANG


Ini kisah benar berlaku pada bulan lepas terjadi kepada salah seorang perawat saya.Beliau hanya menemani saya merawat satu kes sihir berat di Shah Alam,pada masa saya sedang meruqyah pesakit,beliau ternampak satu tangkal tergantung dipintu rumah pesakit.Setelah beliau amati dan beliau belek-belek,ia adalah satu tangkal kuda laut yang telah dikeringkan dan digantung dipintu sebagai pendinding rumah yang diberikan oleh bomoh terdahulu yang pernah merawat pesakit tersebut.Dipendekkan cerita pada malam harinya beliau bermimpi dengan jelas yang beliau telah pergi kerumah pesakit tersebut lalu terjaga dan badan menjadi bisa-bisa di bahagian punggung dan kaki.Selama seminggu beliau meracau dan sukar tidur malam kerana anggota badan terlalu bisa.Lalu saya meruqyah beliau bersama sebotol air mineral 5 liter dan 4 botol madu.Saya menyuruh beliau minum air ruqyah + madu 5x sehari dan mandi air ruqyah 5x sehari juga,alhamdulillah beliau boleh tidur malam dan tiada rasa bisa-bisa lagi pada anggota badan.Cuma beliau masih berjalan menggunakan tongkat lagi kerana mungkin mengalami sedikit kecederaan urat dibahagian urat punggung akibat gangguan tersebut...

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82