Monday, 23 July 2012

PERAWAT JUNIOR DISERANG BALAS TOK MOH


Baru-baru ini saya mendapat berita seorang perawat islam kategori junior agak sakit teruk akibat diserang balas Tok Moh.Punca perawat junior ini kena serang ialah kerana beliau cuba merawat pesakit secara berseorangan dirumah pesakit.Untuk info perawat junior ini baru sebulan menjadi perawat islam dan beliau masih belum mendapat ijazah perawat lagi dari GURU UTAMA.Walaupun beliau bertaraf perawat junior,dalam sebulan beliau berkhidmat di pusat rawatan islam,hampir 100 orang pesakit beliau telah rawat sambil dipantau perawat senior.

Moral dari kisah ini,mana-mana perawat yang belum mendapat ijazah perawat dari mana-mana guru,anda tidak digalakkan untuk merawat pesakit dikediaman mereka tanpa ditemani perawat senior,ini untuk mengelakkan sebarang risiko dan kejadian yang tidak diingini terhadap perawat.