Thursday, 19 July 2012

NYARIS DIGIGIT JIN



Khamis lepas ada seorang surirumah datang di Shah Alam untuk berubat akibat masalah sihir yang agak teruk juga.Semasa ruqyah dibacakan pesakit merasuk dengan agresif dan melaga-lagakan giginya dan cuba menggigit saya.Saya menyuruh suami pesakit memegang erat isterinya supaya saya fokus membaca ayat pembatal dengan ulangan yang banyak.Setelah 15min ruqyah pembatal sihir dibacakan,pesakit mulai tenang dan sedar semula,pesakit merasakan ada sesuatu keluar dari telinganya,itu petanda jin pengganggu sudah keluar,Ahamdulillah.