Monday, 23 July 2012





MERUQYAH PESAKIT LELAKI KES SIHIR PELALAU

Semalam tengahari saya didatangi oleh seorang lelaki yang mengadu sukar lambat jodoh walau usia sudah mencecah 30an...Beliau mengesyaki ibu bekas teman wanita terdahulu yang menyihirnya kerana dek tidak jadi melangsungkan pernikahan dengan anak beliau.
Simptom yang dialami lelaki ini ialah sering sakit kepala dan dada bila waktu asar keatas.

Tanpa melengahkan masa,saya terus meruqyah pesakit dengan membaca ulangan yang banyak ayat ruqyah pembatal sihir.Setelah tamat ruqyah,pesakit merasakan badan terasa amat panas sekali dek kerana tindakbalas jin sihir vs ruqyah..

Setelah tamat sesi ruqyah,saya menyuruh beliau mandi dan minum air rawatan 7 hari berturut-turut serta mengamalkan al falaq dan an nas 41x tiap-tiap lepas maghrib untuk proses meleraikan ikatan sihir tersebut.Pesakit akan menemui saya semula selepas 10 hari untuk rawatan susulan,rawatan tamat...