Monday, 23 July 2012



MERUQYAH PESAKIT 3 BERANAK KES SAKA

Pagi semalam saya berkesempatan merawat 3 beranak dari Kampung Tunku bagi menyelesaikan masalah saka mereka.Pesakit yang teruk terkena gangguan saka ialah anak perempuan bongsu mereka,dimana kerap pengsan dan menjerit-jerit tak tentu masa.si ibu dan seorang anak perempuan yang berikut tidak pula terkena gangguan saka setakat nie.

Simptom yang pesakit saka ini alami ialah sering sakit tulang belakang,kerap menangis,ketawa dan berkelakuan aneh tak tentu masa dan juga sering bermimpi dikelilingi bayi.

Tanpa melengahkan masa,saya menyuruh pesakit 3 beranak ini duduk melunjur sebaris,lalu saya menyuruh mereka ikut saya dalam membaca ikrar pemutus saka,tetapi si anak perempuan bongsu mereka ini berdegil untuk tidak melafazkan ikrar pemutus,lalu saya membacakan ikrar pemutus bagi pihak pesakit tersebut.Setelah selesai membaca ikrar pemutus lalu saya membacakan ulang-ulang surah ar rahman dan al jin...Apabila tamat sesi ruqyah,mereka merasakan ringan di bahagian tengkuk dan si ibu menangis kesedihan seolah-olah terasa kehilangan sesuatu yang disayangi.Itu petanda si jin saka sudah mula meniinggalkan keluarga pesakit,alhamdulillah bi-iznillah...

Saya membekalkan setiap pesakit 2 botol air ruqyah untuk dibuat minum dan mandian selama 7 hari berturut-turut...rawatan tamat.