Monday, 23 July 2012

MERUQYAH PELAJAR UNISEL PART 1




Malam tadi saya berkesempatan ke seksyen 7 shah alam untuk merawat seorang pelajar wanita yang sering kerasukan ketika kuliah.Pelajar ini sudah terkena gangguan jin sudah 2 tahun lamanya,beliau juga kerap bermimpi budak kecil,mimpi ada seseorang ingin memberikan sesuatu dan juga mimpi harimau.Pada 6 bulan yang lepas,kes kerasukan pelajar ini agak ganas,setelah kerap berjumpa ramai perawat islam untuk terapi ruqyah,kes kerasukan tidak seganas dulu lagi.

Pendekkan cerita,saya ditemani bapa pesakit,terus meruqyah pelajar tersebut,masa sesi ruqyah pertama,pelajar tersebut kerasukan dengan agak lemah dan jin pengganggu tidak mahu berdialog...Jadi saya menyuruh pelajar tersebut melakukan mandian air ruqyah + ais,setelah tamat proses mandian,saya melakukan sesi ruqyah kedua pula,kali nie pesakit kerasukan dan menjerit-jerit dengan kuat...saya mengambil keputusan untuk menamatkan rawatan kerana takut jiran-jiran bersebelahan terganggu..saya membekalkan pesakit dengan air ruqyah untuk buat minum dan mandi selama 7 hari,rawatan susulan akan menyusul 10 berikutnya,rawatan tamat...