Monday, 23 July 2012

MERUQYAH PELAJAR IPT UNISEL DI SHAH ALAM










Ahad lepas saya mendapat panggilan kecemasan dari seorang wanita yang adiknya kerasukan selepas bangun tidur...pesakit nie sebenarnya suka tidur masa waktu maghrib...tidur pada waktu maghrib adalah tidak digalakkan kerana telinga kita akan dikencing syaitan dan macam-macam lagi...Setibanya saya dirumah pesakit di seksyen 7 shah alam,pesakit masa itu sedang bercakap sorang-sorang tanpa sedarkan diri...

Saya membacakan ruqyah pada beberapa botol air dengan kuat supaya pesakit pun dengar sekali..Kemudian saya melakukan sesi dialog dengan jin pengganggu..setelah beberapa minit sesi dialog,jin pengganggu masih berkeras untuk menetap dibadan pesakit...

Kemudian saya melakukan picitan pada leher pesakit,jin pengganggu mula menjerit tapi masih juga belum keluar...Dan langkah terakhir saya menyuruh kakak pesakit untuk membeli sekampit ais untuk sesi mandi ais...Setelah ais dicampur bersama air ruqyah,kakak pesakit ingin melakukan mandian terhadap pesakit,tiba-tiba pesakit terus sedar sebelum sempat dimandikan...ini bermakna jin pengganggu terus lari kerana takut tercedera akibat kesan mandian ais + air ruqyah...

Sebelum pulang,saya terus menasihati pesakit untuk elakkan tidur pada waktu maghrib dan istiqomah mengamalkan ayat-ayat pendinding diri,rawatan tamat...