Monday, 23 July 2012

MERUQYAH BOMOH Part 1-JUBIN DAPUR MELETUP



Seminggu yang lepas saya dijemput oleh kenalan saya ke Shah Alam untuk meruqyah beliau yang sering mengalami sakit-sakit lutut.Beliau merupakan bomoh kecil-kecilan mengubat orang yang bekerja sepenuh masa.Dipendekkan cerita,bila saya terus sampai apartment beliau, saya terus menyuruh beliau mengambil sebotol air mineral dari dapur untuk dibacakan ruqyah,dan saya terus melakukan sesi ruqyah kepada beliau.Tiba-tiba bunyi kuat seperti letupan berlaku didapur.Saya terus meluru dan melihat kejadian tersebut,didapati semua jubin lantai dapur beliau merekah dan pecah dengan banyak sekali.Saya tetap terus melakukan ruqyah sehingga tamat,kemudian beliau memberitahu saya ternampak satu lembaga didapur tersebut,saya kata tak perlu endahkan,biar dia buat hal dia,kita dengan hal kita sahaja.Lagi seminggu saya akan berjumpa beliau untuk rawatan susulan lagi,tetapi dari apa yang saya nampak,beliau macam tidak begitu berminat lagi dengan ilmu perbomohannya dan berazam untuk membersihkan diri dari segala ilmu-ilmu sesat tersebut...Rawatan tamat..


"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"