Monday, 23 July 2012

MERUQYAH 2 PEKERJA SPA BERAGAMA KRISTIAN




Dua hari lepas saya mendapat jemputan untuk meruqyah 2 orang pesakit wanita di Bandar Sunway.Mereka berdua berkerja sebagai juruterapi di sebuah SPA berhampiran rumah mereka..Baru-baru nie mereka mengadu sakit perut dan badan bisa-bisa seluruh badan,mereka syak majikan mereka memelihara jin pelaris untuk tujuan supaya pelanggan kerap berkunjung ke SPA mereka..Ini kerana mereka kerap melihat kelibat makhluk halus ditempat kerja dan juga sering melihat majikan mereka memberi makan jin peliharaannya dengan susu.Susu itu diletakkan didalam mangkuk berhadapan sebuah patung kecil,bila keesokan harinya kuantiti susu itu akan berkurangan...

Seperti biasa saya meruqyah mereka berdua serentak,semasa dibacakan ruqyah pada kedua-dua badan mereka,mereka terasakan bahang panas dan ada terasa benda bergerak dibawah kulit yang merayap menghala kekaki..Setelah tamat sesi ruqyah,saya menyuruh mereka minum air ruqyah selama 7 hari dan mandi air ruqyah + ais selama 3 hari untuk kesembuhan yang maksimum.

Moral of the story dari cerita ini,bayangkanlah orang beragama Kristian pun menyambut baik perubatan ruqyah nie,so orang melayu macam kita nie janganlah pula sibuk mencari dukun dalam berubat....