Monday, 23 July 2012

MERAWAT REMAJA WANITA KERASUKAN







Tiga hari lepas,seorang jiran di Apartment saya menelefon untuk meminta saya merawat anak remajanya yang kerasukan..Pada waktu senja terjadinya insiden tersebut,pesakit mendakwa melihat kelibat sepasang suami isteri di sudut dapurnya,kemudian kelibat suami isteri tersebut menghembus sesuatu di belakang pesakit..Jadi pesakit menangis kesakitan kerana sesuatu menggigit dengan kuat dibelakang badannya..

Saya merawat pesakit dengan meletakkan tapak tangan kanan saya di tempat yang sakit sambil membacakan yunus 81-82 ulang-ulang,pesakit semakin kuat menangis kesakitan dengan keadaan terpekik terlolong...Saya tidak mengendahkan pesakit,saya terus membaca ayat tersebut selama 10min,tiba-tiba pesakit muntah...kemudian pesakit berhenti menangis dan beliau rasa lega dan tidak terasa sakit lagi...Saya membekalkan pesakit sebotol air ruqyah untuk dibuat minuman dan mandian selama 3 hari dan menasihati pesakit supaya kerap membaca ayat kursi untuk perlindungan.