Monday, 23 July 2012

MERAWAT PESAKIT SANTAU


Semalam seorang rakan saya datang ingin berurut dan berbekam kerana masalah syahwat dan juga bisa-bisa sendi badan.Selesai saya mengurut beliau,lalu saya membekam badan beliau,didapati semua darah yang keluar bertali.Lantas pesakit memberitahu saya yang beliau kerap bermimpi seram sejak kebelakangan ini.Kemudian saya meruqyah beliau dan membacakan set ayat pembatal sihir,beliau muntah dengan banyaknya.Saya nasihatkan pesakit supaya berpantang dalam sebulan untuk tidak makan rebung,cuka,air limau,makanan pedas dan juga nanas,pesakit disyorkan minum madu beserta air ruqyah 3x sehari selama seminggu,insyaAllah sembuh...


Petanda Terkena Santau

-Tapak tangan sentiasa berpeluh
-Batuk yang berpanjangan
-Bisa-bisa sendi badan
-Kerap bermimpi seram/menakutkan
-Muntah darah -Berat badan makin berkurangan
-Kerap muntah semasa makan
-Tekak kerap terasa panas/gatal/berpasir
-Badan/dada teras panas menjelang maghrib
-Kerap gatal-gatal badan bila waktu malam

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan santau,sila klik rawatansantau.com