Monday, 23 July 2012

MERAWAT PENYAKIT GOUT aka SIHIR KAKI


Semalam kami sempat merawat seorang pemuda berusia 26 tahun dari Puchong yang yang datang bertongkat kerana mengalami masalah gout sejak berusia 19 tahun lagi.Beliau mengalami serangan gout terlalu kerap iaitu hampir setiap hari..
Saya menyuruh Utz Khanapiah membekam kedua-dua kaki pesakit yang bengkak akibat gout tersebut dan pada masa yang sama saya membacakan 20 ayat ruqyah di belakang pesakit.Selepas 10 min ruqyah dibacakan pesakit mula kerasukan,dan darah bekam yang kami lihat bentuknya bertali dan bukannya cair warna hitam seperti darah penyakit gout yang kami lihat sebelum ini.
Jadi kes sebegini kami klasifikasikan bukan kes gout lagi,ia adalah sihir anggota badan.Setelah selesai proses berbekam,kami menghentikan rawatan dan membekalkan pesakit 2 botol besar air bidara ruqyah untuk dibuat minum dan mandi selama 7 hari,rawatan tamat.