Monday, 23 July 2012

MERAWAT PELAJAR UNISEL KERASUKAN



Malam tadi lebih kurang 2am,bapa kepada pesakit menelefon saya yang anak perempuannya kerasukan agak lama di rumah sewanya section 7 Shah Alam.Jadi saya tanpa melengahkan masa terus memecut kereta kesana,didapati badan pesakit agak lemah dan keletihan,pesakit sudah mulai sedar 90%.

Saya tanpa melengahkan masa lagi,membuka penutup air meineral,pegang ubun-ubun pesakit lantas saya bacakan set 20 ayat ruqyah syar'iyah.Sepanjang bacaan dilaungkan,tiada respon dari pesakit sebab badan pesakit terlalu lemah,jadi selepas tamat bacaan ruqyah,saya memberi pesakit minum 1/2 botol air ruqyah dan menyapu muka pesakit dengan air tersebut.

Diakhir sesi rawatan,saya menasihatkan pesakit untuk kerap minum air ruqyah dan melakukan mandian ais selepas waktu asar selama 7 hari,rawatan tamat...