Thursday, 19 July 2012

MERAWAT PELAJAR UITM KERASUKAN



Petang tadi pusat rawatan di Seksyen 7 Shah Alam didatangi sekumpulan pelajar Uitm dimana seorang pelajar wanita mengalami kerasukan semenjak berpindah kerumah sewa yang baru.Pelajar itu amat-amat trauma untuk tinggal dirumah tersebut dan beliau menetap sementara di rumah rakan beliau.Dipendekkan cerita semasa sesi ruqyah dibacakan,pelajar tersebut amat-amat tidak selesa dan meronta-ronta,saya membekalkan pesakit dengan sebotol air doa dan sebotol minyak wangi ruqyah untuk dipakai setiap hari sebelum tidur.Pesakit agak tenang sedikit selepas diruqyah,pesakit disyorkan untuk mandi ais + air doa pada waktu lepas asar keatas serta spray rumah sewa baru beliau dengan air doa supaya sebarang energi negatif/gangguan tidak menghuni rumah tersebut..