Monday, 23 July 2012

MERAWAT KES SIHIR TOK CHA DIRUMAH VIP SHAH ALAM






Sebulan yang lepas saya ada menerima jemputan merawat kes sihir siam yang melibatkan minyak dagu dan seluruh keluarga mangsa juga terkena tempiasnya..

Kes yang saya rawat ini ialah seorang pelajar wanita yang sudah bertahun-tahun menderita sehingga menyebabkan beliau tidak boleh keluar rumah.Badan beliau sering sakit-sakit dan sering mimpi patung dan juga ular yang banyak..Saya tafsir kes ini melibatkan jin pengganggu yang banyak...

Pada mula rawatan,saya sudah merasa sakit sedikit didada kerana jin dah mula bertindak lebih awal kepada perawat..Jadi saya membacakan ruqyah dengan agak kuat dan lantang selama 30 min membabitkan 18 surah...Alhamdulillah sakit didada pun hilang..

Jin pengganggu agak pandai kali ini,kerana sebelum ini ibu mangsa memberitahu bila pesakit dibacakan ruqyah akan terus kerasukan..tapi kali ini jin pengganggu teragak-agak merasuk..agak-agak nak mula merasuk pesakit sedar kembali..bila situasi begini agak sukar bagi saya untuk memukul jin pengganggu kerana pesakit tidak kerasukan sepenuhnya..

Selepas tamat sesi ruqyah,saya menyuruh ibu beliau memandikan pesakit dengan air ruqyah + ais..Kedengaran dari luar pesakit muntah dengan banyaknyer..

Selepas tamat mandian ais,saya meneruskan bacaan ruqyah untuk kali kedua pula...Pesakit dah mula ok sikit dan tidak hendak merasuk lagi...Saya membekalkan pesakit amalan dan juga minum dan mandian air ruqyah + ais selama 7 hari berturut-turut.Rawatan tamat.