Monday, 23 July 2012

MERAWAT KES SIHIR JERUT


Seminggu yang lepas saya didatang pesakit lelaki yang mengadu tidak boleh bersama dengan isteri kerana nafsu seks tiba-tiba menurun ketika ingin mula berjimak...Jika dalam keadaan biasa nafsu seks beliau normal seperti biasa..Selain itu beliau juga ada merasa seperti sesuatu memegang kemaluannya setiap masa.
Saya merawat pesakit ini dengan kaedah urutan dan kemudian sesi ruqyah dengan datang 3 hari berturut-turut beserta mandian ais.Selepas sesi ruqyah dibacakan separuh badan pesakit merasa panas dan sakit sedikit..Tangan kanan saya yang memegang ubun-ubun pesakit ketika ruqyah dibacakan juga mengalami sedikit lenguh selama sehari kesan serang balas gangguan..
Saya syorkan pesakit istiqomah mendapatkan sesi ruqyah dengan perawat islam kerana kes berat sebegini perlu 4-5x rawatan susulan..