Monday, 23 July 2012

MERAWAT KES PRE-BREAST CANCER


Sabtu tadi saya berkesempatan merawat seorang surirumah dari Terengganu yang mengalami masalah benjolan pada payudaranya..Beliau datang bersama suaminya dan mengadu kurang selesa dek kerana masalah benjolan tersebut.
Saya menyediakan 4 botol air mineral,sebotol madu dan 2 botol kecil minyak zaitun dara kemudian saya melakukan sesi terapi ruqyah terhadap pesakit tersebut.Selama proses ruqyah sedang dilakukan,badan pesakit semakin kuat menggigil dan saya syak ada jin yang sudah sekian lama mendiami tubuh badan pesakit ini sehingga menyebabkan terjadi beberapa penyakit fizikal.Seperti yang saya terangkan terdahulu,jin bergerak dalam tubuh manusia melalui darah dan jin suka bertapak disekitar sendi tubuh badan manusia.Jika jin terlalu lama mendiami tubuh badan manusia,ia boleh menyebabkan tubuh badan kita mengalami beberapa penyakit genetik/kanser.
Bagi kes pesakit tadi,saya syorkan pesakit minum air ruqyah yang saya bekalkan sebanyak mungkin selama sebulan,minum madu setiap pagi dan menyapu benjolan-benjolan pada payudaranya menggunakan minyak zaitun dara 2x sehari selama sebulan juga,insyaAllah sembuh...