Monday, 23 July 2012

MERAWAT KES JIN BERSILAT DI BANDAR TASEK SELATAN









Semalam saya menerima panggilan dari seorang wanita yang mengatakan adiknya kerap kerasukan semenjak 2 hari nie dan adik beliau juga tidak mahu menjamah sebarang makanan dan minuman selama terkena kerasukan itu juga.Lebih kurang 11pm saya sampai disana dan terus memegang ubun-ubun pesakit dan terus memulakan ruqyah...semasa dalam proses meruqyah,pesakit mula bersilat tapi tidak ler sampai tahap menyerang perawat.Selama sejam sesi ruqyah dan dialog berlangsung,jin masih tidak mahu keluar juga..Saya memulakan ruqyah pada sebaldi air paip yang dicampur ais dan memaksa pesakit untuk melakukan mandian.Setelah selesai mandian ais,pesakit sudah mulai kurang agresif dan saya ingin cuba memujuk pesakit supaya minum air ruqyah..Mula-mula pesakit enggan,bila dah lama dipujuk,akhirnya pesakit mulai akur...jadi akan menjadi mudahler proses rawatan...Kemudian saya bekalkan pesakit beberapa botol air ruqyah dan saya juga nasihatkan keluarga pesakit untuk pastikan pesakit mendengar cd ruqyah sekerap yang mungkin..

Kesimpulannya,jika anda jumpa kes pesakit yang bersilat suatu hari nanti,anda jangan bimbang,jin tu sebenarnya tak berani mana pun,cuma ingin menakut-nakutkan manusia sekeliling jer..sebenarnya jin tu bersilat sekadar acah sahaja yang menunjukkan dia tu kuat,tapi sebenarnya tidak sama sekali...rawatan tamat 1am.