Monday, 23 July 2012





MEMBELASAH JIN OFFSHORE

Semalam saya didatangi seorang pemuda yang mengadu sering sakit kepala,dada dan kerap terjaga dari tidur.Beliau mulai sakit ketika mula bekerja di OFFSHORE..Saya syak ini permainan sihir manusia kerana bila saya tekan rusuk kiri dan kanan,pesakit mengerang kesakitan yang amat..

Setelah membuka semua penutup air yang dibawa beliau,saya mula membacakan set ruqyah pembatal sihir dengan ulangan yang banyak dengan memegang ubun-ubun pesakit..Wajah pesakit berkerut-kerut menahat sakit seolah-olah ada lembaga yang merentap rambut beliau...

Setelah tamat sesi ruqyah,saya membekalkan pesakit amalan dan mandi serta minum air rawatan selama 7 hari berturut-turut...Rawatan tamat..