Monday, 23 July 2012

KES SIHIR JERUT LAGI


Semalam saya didatangi seorang pemuda berusia 30an yang mengadu tidak dapat menjalankan hubungan seks selama 4 tahun usia perkahwinan mereka.Zakar pemuda tersebut akan terkulai layu setiap kali ingin melakukan jimak terhadap isterinya walhal bila waktu subuh zakar pemuda itu tegang seperti biasa.Pemuda itu juga memberitahu kepada saya bahawa makcik kepada isterinya terangan-terangan mengaku telah melakukan sihir ini kerana dek beliau tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka sedari dulu dan makciknya ingin melihat perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian.
Saya merawat pesakit tersebut dengan rawatan urut pulih batin terlebih dahulu,kemudian saya melakukan al hijamah mengikut point thibbun nawawi termasuk di pusat kepala pesakit.Akhir sekali saya membekalkan pesakit sebotol air ruqyah dan sebotol air daun bidara ruqyah untuk pesakit minum dan mandi selama 7 hari berturut-turut bagi menawarkan sihir jerut tersebut..Rawatan tamat.