Monday, 23 July 2012

JIN YANG SUKA BUAT KELAKAR


Saya minta maaf kepada semua pengunjung blog kerana saya agak jarang-jarang update blog nie sekarang kerana dek kesibukan merawat pesakit.Disini saya mengambil kesempatan untuk menceritakan sekelumit pengalaman rawatan 3 hari lepas apabila meruqyah seorang mangsa sihir dari Serdang.Pesakit ini sering rasa mengantuk,badan terasa berat dan sering rasa gelisah/berdebar-debar apabila berada ditempat kerja.Apabila saya meruqyah pesakit ini,badan pesakit akan bergegar kuat kemudian jin pengganggu menjerit-jerit macam monyet..Tapi setiap kali jeritan dari jin pengganggu ini akan membuatkan saya hilang fokus dalam meruqyah kerana terasa hendak ketawa..Untuk mengelakkan perkara ini,saya akan menyuruh pesakit istighfar berterusan dan cuba lawan jika jasad terasa ingin dirasuk semasa saya membacakan ruqyah.

Kemudian apabila sesi mandian ais,jin pengganggu akan membuat aksi mat rempit menunggang motor...gelihati juga melihat pelbagai karenah jin nie kadang-kadang..

Apa yang pasti jin sebegini agak bijak kerana mereka sering membuatkan perawat hilang fokus dalam meruqyah dengan membuat pelbagai aksi kelakar..dalam sesi meruqyah perawat perlu sentiasa fokus dan serius serta perlu mengelakkan diri untuk tergelak...jika perawat merawat dalam keadaan tergelak-gelak,secara tak langsung ia akan mengurangkan keampuhan sesi terapi ruqyah.