Monday, 23 July 2012

JIN MENANGIS







Empat hari yang lepas saya didatangi oleh sepasang suami isteri yang ingin mendapatkan rawatan resdung.Sebelum menjalani rawatan resdung,si isteri bertanyakan kepada saya adakah dia terkena gangguan jin sebab dia sering mengalami sakit kepala dan kerap bermimpi dipatuk ular.Saya mengatakan ia adalah simptom positif terkena gangguan jin dan saya menyuruh pesakit duduk melunjur untuk saya melakukan scanning bagi mendapatkan kepastian.

Saya hanya membacakan fatehah,kursi dan 3 qul kepada beliau dan beliau merasakan panas yang amat sangat dibahagian tengkuk.Kemudian saya meneruskan sesi ruqyah dengan membacakan set ruqyah yang panjang sedikit dan beliau terus menangis tanpa henti.Saya memberitahu pada suami pesakit bahawa isteri beliau memang ada terkena gangguan jin yang aktifn dan menasihatkan mereka untuk datang rawatan susulan dengan membawa 2 botol besar air mineral dan 21 biji limau nipis.