Monday, 23 July 2012




JIN ANTI PESAKIT KE SEKOLAH/BELAJAR


Baru tadi saya habis merawat seorang pesakit kanak-kanak darjah empat dari Kota Damansara,pesakit nie sudah 3 bulan sukar kesekolah kerana banyak halangan dan pengsan bila menjejakkan kaki ke pintu masuk sekolah...

Selain pengsan bila disekolah,baju seragam sekolah pesakit sering disorokkan oleh jin pengganggu apabila pada waktu pagi pesakit ingin bersiap ke sekolah..Adakalanya ibu pesakit juga berusaha memanggil guru tusyen datang kerumah pun pesakit akan pengsan serta merta..Kesimpulannya,saya syak ada jin pengganggu yang mengekori pesakit kemana sahaja dan jin pengganggu bertidak bila pesakit ingin kesekolah dan belajar sahaja..Jika pesakit pergi ketempat lain seperti pasaraya dan sebagainya,tidak pula pesakit pengsan ataupun pakaiannya disorokkan...

Memandangkan kes gangguan nie kes liat dan sudah terlalu kerap berjumpa ramai perawat islam,saya menyuruh keluarga pesakit membawa 4 botol besar air mineral dan 21 biji limau nipis untuk saya bacakan selawat tafrijiyyah dan ayat ruqyah syar'iyah bersama-sama pesakit..Selain itu saya syor juga pesakit memakan 7 biji kurma nabi sehari dan menyuruh ibu pesakit untuk bersedekah dengan memberi makananan pada anak-anak yatim yang berdekatan supaya pesakit cepat sembuh...