Monday, 23 July 2012



DIRESAPI JIN MONYET

Malam ahad lepas,saya mendapat panggilan kecemasan dari kawan saya mengatakan kakak beliau merasuk menyerupai kelakukan monyet...Saya pun berbegas ke Kota Damansara bersama rakan saya untuk merawat kakaknya..

Sampai disana,kakak beliau berselubung dalam selimut mungkin kesejukan dan keletihan agaknya..Saya menyuruh keluarga pesakit untuk menyediakan beberapa jug air untuk saya mulakan rawatan..Setelah air sudah tersedia,saya mula memegang ubun-ubun pesakit dan meneruskan sesi bacaan ruqyah syar'iyah selama 15min disudahi khutbah jin dan azan..Semasa sesi bacaan ruqyah,pesakit separa sedar dan berkelakukan seperti monyet dan saya syak jin pengganggu menghuni kepala pesakit..

Kemudian saya suruh suami pesakit untuk mandikan pesakit dengan air ruqyah yang dicampur sekampit ais...Terdengar pesakit meraung kesakitan dengan kuat dibilik air kerana kepala pesakit merasa sakit amat sangat dek dimandikan dengan ais..Untuk pengetahuan pembaca,bagi mereka yang mengalami sakit kepala yang amat sangat dalam sesi mandian ais,petanda jin pengganggu ada duduk dalam kepala...

Asal kisah pesakit nie terkena gangguan jin monyet,mulanya pesakit bersama kawan-kawan mereka pergi ke pantai Port Dickson bersama seorang perawat tradisional yang juga kenalan mereka untuk sesi mandian air laut bagi memulihkan aura diri dan juga perniagaan..Selepas upacara mandi air laut selesai,pesakit dan rakan-rakan mereka merasakan ada sesuatu yang tak kena dimana muka mereka semakin gelap/kusam dan ada macam iras-iras monyet (mungkin perasaan mereka kot)

Moral of the story dari cerita diatas,tak perlulah pergi ke laut/pantai untuk upacara mandi pulih diri nie..bukan apa,jika semangat dan pendinding diri kurang,entah jin hutan mana pulak nanti karang masuk kedalam diri kita pula...