Thursday, 19 July 2012

DIRESAPI JIN JOGGING

Ini kisah benar berlaku pada seorang pesakit lelaki dari Klang.Beliau mengalami masalah kulat air yang teruk pada tangan dan kaki sehingga kulit menggelupas dan berbau busuk.Sudah puas berikhtiar cara moden tetapi kesembuhan tetap tidak muncul jua.Punca beliau mengalami masalah ini apabila beliau kerap berjogging di sebuah bukit berhampiaran kubur lipat kajang di Klang sehingga waktu maghrib.Dipendekkan cerita semasa saya meruqyah beliau,beliau kerasukan seolah-olah seperti berlari jogging,nampaknya jin pun suka bersenam juga yer untuk menjaga kesihatan.Saya menyuruh pesakit minum dan mandi air ruqyah selama 3 hari berturut-turut dicampur dengan limau serta ais.Setelah 3x sesi rawatan dengan saya kaki dan tangan beliau sudah mulai sembuh sepenuhnya dengan izinNya dari masalah kulat air,alhamdulillah... Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82