Monday, 23 July 2012

DIBAYANGI SALIB SETIAP MASA



Minggu lepas saya berkesempatan merawat seorang pesakit lelaki awal 20an yang mengalami gangguan jin bisikan.Gangguan jin bisikan ini berlaku setiap masa iaitu seperti ada suara yang menyuruh beliau convert kepada agama kristian dan dalam masa yang sama juga dia terbayang sentiasa lambang salib di dalam kotak fikirannya.Perkara ini betul-betul memberi tekanan kepada beliau,apabila beliau sampai di pusat rawatan kami,kami terlebih dahulu meruqyah beliau seperti biasa.Semasa sesi ruqyah,mata beliau berkelip-kelip laju iaitu satu petanda akan merasuk tak lama lagi,tapi mujurlah tak merasuk sehingga ruqyah selesai dibacakan.Saya membekalkan beliau 2 botol air bidara ruqyah untuk kaedah minum dan mandian 7 hari,sebotol minyak kasturi hitam ruqyah untuk dipakai 5x sehari sebelum solat supaya jin-jin pengganggu non-muslim ini kurang mendekati dan membisikkan perkara bukan-bukan kepada beliau.Selain itu saya menyuruh beliau download azan mp3 di google untuk diperdengarkan setiap masa sebelum tido malam hingga pagi,bagi kes gangguan jin kafir,azan adalah senjata yang ampuh untuk menghalau mereka dari badan.Rawatan tamat...

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82