Monday, 23 July 2012

BERTARUNG DENGAN JIN HARIMAU DI SETIAWANGSA KL









Malam tadi saya menerima jemputan untuk mengubat seorang pesakit lelaki yang sudah lama terkena gangguan jin iaitu lebih kurang 15 tahun lamanya.Simptom yang beliau alami ialah sering sakit kepala,muntah-muntah,terjun dari tempat tinggi dan juga sukar untuk fokus dalam kerja sehingga menyebabkan beliau berhenti kerja.

Bahan-bahan rawatan seperti 21 biji limau purut,2 botol besar air mineral dan juga 2 kampit ais sudah tersedia,lalu saya memulakan sesi ruqyah sambil memegang kepala pesakit.Setelah 5min ruqyah dibacakan pesakit mula gelisah dan tidak selesa,lebih kurang 5min kemudian pesakit tiba-tiba mengaum macam harimau dengan kuat dan mula bertindak ganas.Saya cuba berdialog dengan jin harimau tersebut dengan baik,tapi tiada respon,seperti biasa saya teruskan bacaan ruqyah selama 15min sehingga pesakit muntah,kemudian saya menyuruh pesakit mandi dengan air ruqyah yang sudah dicampur dengan 3biji limau purut dan 2 kampit ais.

Setelah selesai sesi mandian dengan air ruqyah,pesakit merasa sakit-sakit dibahagian kulit,lalu saya meneruskan sesi ruqyah untuk kali kedua pula.Kali ini pesakit kerasukan juga tapi tak seganas masa mula-mula tadi,nampaknya jin pengganggu mula lemah,jadi saya mula memicit jari kaki pesakit dan juga leher pesakit,jin pengganggu menjerit dengan kuat dan tiba-tiba pesakit terus tersedar.Selalunya bila pesakit tersedar semasa kita sedang menyeksa jin pengganggu,bermakna jin tersebut sudah melarikan diri dek kerana tak tahan sakit.Pesakit merasa badannya lega dan agak ringan,jadi saya hentikan rawatan dan membekalkan amalan kepada pesakit untuk mantapkan pendinding diri selain itu juga pesakit perlu minum dan mandi air ruqyah selama 7hari berturut-turut,rawatan tamat.