Thursday, 19 July 2012

ALHAMDULILLAH,WAJAH SAYA SEMAKIN KEMERAHAN...

Seminggu yang lepas ada seorang pesakit dari Rawang telah menjalani rawatan aura seri sesi kedua dengan kami,beliau mengalami masalah wajah kusam,masalah jodoh dan juga gangguan saka.Dipendekkan cerita saya meruqyah beliau dengan ayat Al Quran aura seri,semasa diruqyah air mata beliau menitis tak henti-henti dan terasa kepala beliau amat-amat berat sekali.Semasa sesi ruqyah tamat dibacakan,saya memberikan panduan amalan,cara mandi dan minum air aura seri bagi merawat segala masalah yang beliau hadapi selama ini.Beliau juga ada memberitahu saya semenjak beliau mendapatkan rawatan aura seri sesi pertama dengan pihak kami dahulu,wajah beliau agak kurang kusam sikit dan kulit muka semakin kemerahan,alhamdulillah rawatan aura seri sudah memberi kesan,saya syor beliau untuk datang lagi rawatan susulan sesi ketiga dua minggu lagi..