Sunday, 10 June 2012

RAWATAN GURAH MEMBERSIHKAN RONGGA HIDUNG DAN JUGA KERONGKONG


Bagi mereka yang sering bersin,selsema dan berkahak,rawatan gurah ini amat-amat efektif dalam menyembuhkan penyakit anda kerana semua lendiran kotor/kahak akan keluar dari hidung dan kerongkong semasa proses rawatan ini.



Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Celaka kamu,jangan kamu bunuh anak-anak kamu.Wanita mana pun yang anaknya diserang penyakit uzrah atau sakit di kepala hendaklah mencari qisth india,dicampur dengan air lalu digunakan sebagai GURAH"
Lalu Aisyah menyuruh agar dicarikan bahan tersebut untuk digunakan sebagai GURAH pada bayi tersebut,lalu bayi itu sembuh...
( Diriwayatkan dari Abu Ubaidah)

Nabi Muhammad SAW memuji kaedah perubatan gurah ini sebagaimana disebut oleh Abu Daud dalam sunannya bahawa Nabi Muhammad SAW pun pernah berubat dengan GURAH.