Monday, 25 June 2012

KHASIAT URUT TRADISIONAL SATU BADAN


Amalan urut tradisional merupakan amalan turun-temurun di kebanyakan negara di Asia malah kemampuan teknik itu kini mulai diterima di negara Barat berikutan keberkesanannya yang diiktiraf sains perubatan moden.

Urutan juga merupakan satu daripada cabang perubatan cara Islam manakala segelintir masyarakat menganggapnya sebagai perubatan alternatif.

Secara amnya, ia sesuai bagi merawat apa juga penyakit, sama ada penyakit baru atau sudah lama dihidapi, yang ringan mahupun yang kronik.

Selain mengatasi masalah terseliuh, kebas atau membetulkan perjalanan darah, teknik urut turutdikaitkan dengan rawatan mengembalikan kesihatan dan tenaga seksual lelaki dan juga bagi wanita selepas bersalin. 

Urutan yang menggunakan tangan dan tepat mengenai pointnya dengan aturan yang teliti dengan tekanan yang mencukupi disertai senaman selepas urutan amat bagus untuk melegakan kesakitan otot selain melancarkan aliran darah dan memperbaiki urat saraf, Urut sepatutnya dilihat sebagai satu perubatan pencegahan dan sepatutnya dilakukan secara kerap. Ia sangat baik mencegah penyakit daripada menjadi lebih teruk seperti tekanan darah tinggi,kencing manis, strok, lemah jantung, dan juga lemah tenaga batin selain bertujuan penjagaan kesihatan,